Quantcast
Channel: Atiqah Aiza
Viewing all 85 articles
Browse latest View live

Komen Seorang Lelaki berkaitan Ego dan Soal Hati

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sihat-sihat tak semua ini? Alhamdulillah bagusla. kalau ada sakit-sakit ke ada gatal-gatal angin kus-kus ke lekas-lekas pergi klinik jumpa doktor ya, kalo jumpe Ieqa ni minta mahap ler tak dapek la nak membantunya hik hik.


Rasa lama sangat-sangat Ieqa tak aktif dalam dunia blog. Sekarang ini dah rupa biskut dah blog Ieqa ini, kejap ada entry, lama pulak entry baru tak muncul-muncul. Haha payah kalau da jadi malas macam ini. Tapi, tapi , tapi, disebabkan blog Ieqa ini sedikit sebanyak dapat bagi income sampingan kat Ieqa, nak tak nak kenalah rajinkan diri meng-update. Terima kasih Encik Nuffnang dan semua yang rajin tekan iklan kat blog Ieqa ya *winkwink.


Panjang lebar pula bebelnya, kembali kepada tajuk entry Ieqa. Hurmm, kita kalau kata komen perempuan bab-bab soal hati dan perasaan ini, panjang lebar diorang boleh explain *termasuklahakukui3.. Tetapi, kalau nak dengar komen dari orang lelaki SECARA TERBUKA, memang agak sukar. Kalau ada pun ikhlas tak ikhlas je kan! Tapi.. masa ika belek-belek balik entry lama-lama Ieqa, ternampak satu komen dari entry ini 'LelaKi begini memang oVER eGo ke atau apa ya??' #kalonakbacasilalahklik , komen paling panjang Ieqa pernah dapat dari bro Yusenze (huwaa rindu zaman blogging dulu-dulu).. So, ika nak minta izin Bro Yus, nak share apa komen dia sebagai seorang lelaki sejati berkaitan SOAL HATI.. Kawan-kawan kena baca entry Ieqa dulu-dulu takut tak faham karang I don't know ya hee..





***********************************************************

Komen dari Bro Yusenze_Knight :

" Ehem... Izinkan hamba membuat ulasan ya.

Jika diambil kira soal hati, sebenarnya hati kaum lelaki juga kadangkala amat ammpuh dan mudah tersentuh. Namun, ego itu perlu untuk mempertahankan sifat kelelakian. Ego bukanlah bermaksud sentiasa mementingkan hak sendiri, tetapi mengambil kira beberapa aspek yang bersesuaian.

Contoh 1: (Rakan)
Situasi - Kolam pancing

Makwe: Alah yang, boring la duduk termenung camni... Sunyi2 jek... Bila nak dapat ikan ni...??? *mengeluh*

Pakwe: Baby, memanglah memancing ni kena sunyi2 dan sabar... Nama pun memancing, bukannya menjala~~~

Makwe: *merajuk*

Member Pakwe: Pssst... Kan aku dah kate, jgn bawak awek kalau nak pergi mancing... Aduyai... haru-biru tol lah... *berbisik kat pakwe*

**Keadaan di atas akan menambahkan lagi kekeruhan dalam perhubungan dua hala... Ahaha~~~**
*Seelok-eloknya bertoleransi sesama sendiri. Perlu juga mengenali beberapa orang rakan untuk tujuan rujukan jika perlu. Tetapi bukanlah semua rakan-rakan itu nak diperkenalkan. Perlu memilih rakan yang boleh dipercayai untuk diperkenalkan*

Contoh 2: (Keluarga)
Situasi - Rumah keluarga lelaki

Pakwe: Mak, inilah bakal menantu mak...
Makwe: Makcik, saya Ika! (bukan nama sebenar)
Bakal ibu mertua: Oh, ini Ika. Makcik ade tengok dalam gambar hari tu... Tapi dalam gambar tu ika nampak kurus pulak. Pakai pun sopan.

**Situasi begini memerlukan kesediaan di pihak lelaki. Mungkin anda tiba pada saat dan keadaan yang tidak sesuai. Keadaan sebegini akan merumitkan perhubungan kekeluargaan...;P**

Contoh 3(Percintaan)

Cinta yang indah itu tidak perlu diceritakan kepada orang lain. Ia akan teserlah dengan sendirinya. Mengapa mahu dihebahkan saat suka duka percintaan anda? Adakah anda akan berasa puas? Mungkin keadaan ini akan lebih menimbulkan rasa jengkel pada mata orang yang diceritakan. Itu yang dikhuatiri dan mengganggu di fikiran seorang insan bernama lelaki. Ngeeee~~~

Contoh 4 (CJJ)

Adeh... yang ni mmg susah nak ulas... Kadangkala soal berahsia ini terjadi secara tidak langsung untuk perhubungan jenis ini. Jadi, tiada alasan untuk "TIDAK BERAHSIA". Pandai makan , pandai simpan.

p/s: Segala ulasan di atas tidak ada kena mengena dengan pengulas mahupun orang lain. Ia hanyalah sekadar pandangan secara peribadi dan bukanlah bersifat DISKRIMINASI. Harap maklum."



*************************************************************


Haaa kaum wanita, dah faham tak? So, kawan-kawan semua, yang baik telan, serap, ingat dan amal, yang tak baik tapis dan think positive ok. Heee..


Thanks ya Bro Yus serius rindu ada teman blogger jujur and open minded nak share pandangan camni.. =(







Persediaan dan Dokumentasi Sebelum Pertandingan Inovasi

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Memandangkan permintaan seorang murid Ieqa, Syazliana Balqis hendak melihat gambar-gambar semasa Ieqa menjalankan proses persediaan sebelum pertandingan inovasi yang lepas, jadi ika nak share dalam blog Ieqa.
















Rindunya kat murid-murid cikgu ni hukhukhuk....






Pertandingan Inovasi 2013 Bersama Cik Ismiey Iz

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ini nak buat special post untuk my lovely friend Cik Jah aka Ismiey Iz. Actually Cik Jah ini seorang kawan yang sangat sangat sweet, baik hati dan selalu tolong kawan-kawan bila memerlukan.




Ada satu ketika sebelum ini, semasa Ieqa semester 8 di IPG, bila hujung-hujung semester tu rasa serabut sangat. Dalam sebulan tu berturut-turut program yang Ieqa dan classmate kena join, sampai kadang-kadang rasa stress pun ada.. Mana tak nya, lagi nak habis belajar lagi banyak program kena handle. Mujur classmate Ieqa sangat bagus-bagus dan bagi kerjasama.


Ingatkan dah habis semua tu kira dah lega. Tapi tiba-tiba Lecturer Penyelia AR, Encik Amir Hamzah call dan minta Ieqa join Pertandingan Inovasi Peringkat IPG KDRI. Time tu rasa tergamam, terkedu, blank semua ada. Yela, ingatkan dah habis Pembentangan Penyelidikan Tindakan tu dah settle belaka, rupanya ada satu lagi task yang Ieqa kena buat. Nak tolak, tak baik pula bila bila lec kita dah minta kita macam tu, so just think positive and take it as a challenge. Mujur Encik Amir benarkan Ieqa untuk pilih salah seorang daripada claasmate Ieqa untuk bantu Ieqa join pertandingan ini. Masa tu, Ieqa buntu sangat-sangat, sebab Ieqa tak sampai hati nak bebankan kawan Ieqa memandangkan masing-masing semuanya sibuk dengan itu dan ini.


Hendak dijadikan cerita, Encik Amir telah memilih Cik Jah untuk bantu Ieqa. Serba salah sangat masa itu. Ieqa tak tahu apa pandangan dan respon Cik Jah bila Ieqa bagitahu Cik Jah yang  Encik Amir memilih dia untuk membantu Ieqa dalam pertandingan ni. Mujur Syukur alhamdulillah, bila Ieqa beritahu Cik Jah, Cik Jah dengan hati terbuka, sudi membantu Ieqa. Daripada bahan inovasi Ieqa yang serba carcamarba tu, tapi lepas Cik Jah bantu Ieqa, rasa macam "WOOwww terharunya, cantiknya, kagumnya!!!". Well Cik Jah ini memang sangat super kreatif bila bab-bab seni, compares Ieqa ni memang kayu tak kreatif langsung hahaha.





Rasa terharu sangat-sangat, bila kita dalam keadaan sukar dan tersepit, dan saat kita memerlukan bantuan seorang kawan, even dia juga dalam kesukaran, dia tetap cuba membantu kita. Dan salah seorang rakan yang begitu, Cik Jah.


So sempena special day ini, Ieqa nak mengucapkan....



SELAMAT HARI LAHIR CIK JAH, SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMAKBULKAN PERMINTAAN CIK JAH, DAN MUDAH-MUDAHAN SEPANJANG PERJALANAN CIK JAH, ALLAH AKAN BANTU DAN PERMUDAHKAN SEGALANYA.





Terima kasih kerana sudi menjadi kawan yang sangat super sweet dan best untuk Ieqa sepanjang bersama-sama dengan Ieqa, sekelas  dengan Ieqa, care and concern pada Ieqa dan banyak membantu Ieqa sepanjang menuntut di IPG... Semoga persahabatan ini berkekalan inshaaAllah dunia dan akhirat ^_^






PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DUNIA MUZIK TAHUN 1

$
0
0


Pada hari Khamis bersamaan  8 September 2011 yang lepas, kumpulan saya yang telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Tahun 1 Pintar di Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Tugasan ini adalah lanjutan daripada proses Kerja Kursus Pendek MZU 3111 dimana kami dikehendaki mengumpulkan bahan berkaitan pedekatan proses P&P pendidikan muzik serta menyediakan sebuah rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.

Pada peringkat permulaan perlaksanaan kerja kursus, kami telah mengumpul seberapa banyak bahan dan nota berkaitan ketiga-tiga pendekatan muzik iaitu pendekatan Dalcroze, Carl Orff dan Kodaly. Secara ringkas, pendekatan Dalcroze meliputi pengalaman muzikal melalui yang melibatkan beberapa aspek iaitu Eurhytmics, Solfage dan Improvisasi. Bahan Muzikal untuk aktiviti Eurhythmics, Solfage dan Improvisasi juga diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan.



Sebelum melaksanakan proses P&P, kami telah merujuk terlebih dahulu kepada guru Pendidikan Muzik Tahun 1 Pintar iaitu Cik Rasyidah. Cik Rasyidah telah memaklumkan kepada kami bahawa mengikut silibus KSSR, minggu ini murid-murid Tahun 1 akan mempelajari Lagu Gajah Menari. Oleh hal yang demikian, kami bertiga bersepakat memilih Pendekatan Dalcroze. Hal ini kerana pendekatan ini menekankan pembelajaran secara ‘Learning by doing’ iaitu murid perlu melaksanakan sendiri dan merasai sendiri proses pembelajaran. Murid akan menggunakan gerak tubuh untuk tingkatkan pemahaman dalam pembelajaran muzik. Pendekatan ini  juga mementingkan kepekaan alat deria iaitu mendengar muzik, dan mengutamakan  pembelajaran daripada konkrit kepada abstrak. Kami memulakan sesi P&P dengan memperdengarkan audio bunyi-bunyi haiwan dan meminta murid meneka. Seterusnya, sesi membaca lirik. Guru mendengar proses bacaan lirik murid terlebih dahulu sebelum mengajarnya menyanyi lagu Gajah Menari mengikut rakaman audio. Kemudian, murid diminta menyanyi Lgu Gajah Menari dengan diiringi minus one.


Pada langkah berikutnya, guru meminta murid membentuk tiga kumpulan dan menyanyi sambil menggayakan lirik lagu. Murid bebas menari mengikut kesesuaian lagu dalam kumpulan masing-masing. Peringkat ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada murid mengenai lagu dan memberi peluang agar murid dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktiviti pergerakan badan dengan menggunakan kaedah Eurythmics dalam Pendekatan Dalcroze dimana kaedah inimemerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruhyang melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri. Selain itu, kaedah ini juga melibatkan kemahiran mendengar, merasai, berimaginasi, menginterpretasi bunyi, bertindak, memberi respon dan bergerak bagi membantu murid membayangkan maksudnya secara luaran.



            Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang terdapat dalam lirik lagu Gajah Menari. Pada langkah akhir, kami meminta murid sekali lagi menyanyikan lagu Gajah Menari sambil membuat gaya masing-masing.Saya berharap agar proses P&P Pendidikan Muzik Tahun 1 Pintar telah menepati pendekatan Dalcroze dan berjaya dalam proses perlaksanaan P&P tersebut.









Latihan Bahasa Melayu Karangan Tahun 4 - Menyusun Ayat ( Resepi Sandwich Sihat )

$
0
0


Nama                :                                                                                                          Tarikh:
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu                                                                                   Tahun:



Cara-cara Menyediakan Sandwich Sihat








Latihan 1: Susun langkah-langkah menyediakan ‘Sandwich Sihat’  di bawah mengikut susunan yang           betul.



Langkah-langkah

Nombor
Kemudian, sapukan sedikit sardin pada roti yang telah disapu dengan mentega tadi.


Akhir sekali, letakkan sandwich tadi di atas pinggan. Sandwich Sihat siap dihidangkan.



Letakkan beberapa keping timun yang telah dihiris pada roti tersebut.



Sapukan mentega di permukaan atas sekeping roti.


Mula-mula, sediakan dua keping roti, sardin, mentega dan beberapa keping timun yang telah dihiris.


Selepas itu, roti tersebut hendaklah dipotong dua membentuk sandwich.


Tutup permukaan roti tadi dengan sekeping roti lagi.






Latihan 2: Tuliskan cara-cara menyediakan ‘Sandwich Sihat’  dalam bentuk sebuah perenggan                 berdasarkan  langkah-langkah di atas dengan betul.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________








Lembaran Kerja Bahasa Melayu Tahun 5 : Soalan Objektif Tatabahasa ( Imbuhan ke-...-an )

$
0
0


Bahasa Melayu Tahun 5





   1 .    Aminah masih trauma kesan ______________ malam semalam.
       a.    menjadikan
       b.    kejadian
       c.    dijadikan
       d.    jadikan



2.Pemuda itu agak ________ untuk menerima pelawaan kami ke majlis itu.
a.    keinginan
b.    kekurangan
c.    kesukaran
d.    keberatan


3.    Jangan sekadar melihat ______ luaran seseorang semata-mata.
a.    kecantikkan
b.    kehalusan
c.    kesenian
d.    kecantikan


4.    Kereta itu tersadai di tepi jalan kerana mengalami _______ enjin akibat banjir.
a.    kerosakan
b.    perosak
c.    dirosak
d.    merosakkan


5.    Segala _______ adalah amat dikesali.
a.    kepeningan
b.    kerahsiaan
c.    kebenaran

d.    kesulitan



6.     Amirah adalah anak ________ Pak Ali dan Mak Munah.
a.    kekasihan
b.    kecintaan
c.    kesayangan
d.    kerinduan


7.    _______ yang dialami Abu sangat parah.
a.    Ketenangan
b.    Kerunsingan
c.    Kecederaan
d.    Ketakutan


8.    Wajah Alin _______ menyerupai wajah arwah neneknya yang berbangsa Cina.
a.    kegelap-gelapan
b.    kecina-cinaan
c.    kehitam-hitaman
d.    kemuda-mudaan


9.    Janganlah berputus asa dengan ____ yang dihadapi.
a.    kemenangan
b.    kejayaan
c.    kegagalan
d.    kesakitan


10.    “Ayah bangga dengan ____ kamu. Akhirnya kamu berjaya”, kata ayah.
a.    kelemahan
b.    kesungguhan
c.    kekuatan
d.    kewarasan





Latihan Bahasa Melayu Tahun 5 : Membina Ayat Tanya

$
0
0



Bina ayat tanya berdasarkan jawapan di bawah.



1._________________________________________________________________________?
   Planetarium Negara telah dirasmikan pada 7 Febuari 1994.


2._________________________________________________________________________ ?
  Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri keempat yang telah merasmikan Planetarium Negara.


3.__________________________________________________________________________?
  Rakyat Malaysia boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan angkasa di planetarium ini.


4.__________________________________________________________________________?
Barang yang dipamerkan di Planetarium Negara antaranya ialah system pergerakan cakerawala, model kapal angkasa dan galaksi.


5.___________________________________________________________________________?
  Panggung berbentuk kubah ini memberikan pelbagai maklumat tentang astronomi dan sains melalui    tayangan filem serta pertunjukan multimedia dan laser.








Latihan Membina Ayat Bahasa Melayu Tahun 3 (Pantun Empat Kerat)

$
0
0


Pantun Nasihat ( Pantun Empat Kerat)





Marilah adik dengarlah sini,
Nasihat guru tolongpatuhi,
Jadilah baik bernilai murni,

Semoga nanti orang hormati

Ibu dan bapa kita kasihi,
Didikan guru kita ikuti,
Tekun belajar setiap hari,
Agar berjaya dewasa nanti.



Latihan 1

Bina ayat di bawah dengan kata kerjaberikut.

1. dengar
___________________________________________________________


2. tolong
___________________________________________________________


3. hormat
___________________________________________________________


4. belajar
___________________________________________________________


5. berjaya
___________________________________________________________







Latihan Bahasa Melayu Tahun Empat (Dialog/Petikan Suasana di Pasar Tani)

$
0
0


Baca dialog di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.



Suasana di Pasar Tani





Ibu     :Assalamualaikum Pak Mat. Apa khabar?

Pak Mat    :Waalaikumsalam. Baik sahaja, Mak Timah. Siapa sebelah Mak Timah ini?

Ibu         :Ini anak saya, Amir.

Pak Mat    :Belajar di mana sekarang? Bila sampai rumah?

Amir         :Saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Petang semalam saya sampai.

Ibu         :Pak Mat, banyaknya sayur hari ini, segar-segar belaka. Berapa harga seikat sayur bayam ini?

Pak Mat    :Harga sayur bayam ini RM 1.50 seikat.

Amir         :Wah, murahnya! Ibu, kita beli dua ikat sayur bayam itu ya. Amir suka makan sayur bayam.

Ibu         :Kalau macam itu, berikan saya dua ikat sayur bayam ya, Pak Mat. Berapa jumlah semuanya ya?

Pak Mat   :Cuma RM 2.50 sahaja. Terima kasih.

Ibu dan Amir:Sama-sama, Pak Mat.





Contoh Penulisan Pernyataan Profesional Guru Praktikum/Internship

$
0
0



INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA TERENGGANU


NAMA: NURUL ATIQAH BTE AZAHARI
KURSUS  : PISMP BM/PJ/MUZIK SEMESTER 8/2013
SESI: INTERNSHIP
TARIKH  : 30 JUN 2013 SEHINGGA 25 JULAI 2013
SEKOLAH: SK TENGKU BARIAH, KUALA TERENGGANU,TERENGGANU.




PERNYATAAN PROFESIONAL


Pada sesi internship di SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu ini, saya berazam untuk mengutip semaksimum boleh pengalaman dan ilmu baru sepanjang empat minggu berada di sekolah. Saya akan berusaha dan komited untuk melibatkan secara diri aktif dalam :-

1.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
2.Merancang dan melaksanakan beberapa projek untuk pihak sekolah iaitu Projek Mural I-Think, Pameran Sempena Bulan Sains dan Matematik, serta program di Bulan Ramadhan.
3.Menyelesaikan penyelidikan tindakan saya berkaitan ‘Meningkatkan Penguasaan Kata Sendi Nama Dari dan Daripada Murid Tahun 4 Nilam dengan Menggunakan Kaedah Jari Monopoli’.

Selain itu, saya akan :-

1.Menunjukkan peribadi dan sahsiah yang baik sebagai seorang guru dan menjadi contoh baik kepada murid-murid SK TENGKU BARIAH, KUALA TERENGGANU.
2.Mematuhi peraturan sekolah dan kod etika guru.
3.Bergaul mesra dengan guru-guru, kakitangan sokongan sekolah dan ibu bapa serta penjaga murid-murid penduduk sekitar jika berkesempatan.
4.Menjalankan atau melakukan sesuatu yang rasional dengan tugas seorang guru yang cemerlang.




Yang benar,

………………………………………………….
( NURUL ATIQAH BTE AZAHARI )
Guru Pelatih,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.







Latihan Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C: Nilai Murni

$
0
0



Gariskan mesej yang terdapat di dalam ayat di bawah. Kemudian, tuliskan nilai murni yang sesuai pada ruang yang telah disediakan.



No.
Ayat

Nilai Murni
1.
Ali menyimpan wang sakunya. Hari-hari dia membawa bekal ke sekolah.


2.
Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh  ibu kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan  kita daripada terkena keracunan makanan. 


3.
Jika kita membawa bekal dari rumah, kita tidak perlu lagi  membuang masa berebut-rebut atau beratur untuk membeli makanan di kantin.


4.
Mimi dan Siti sentiasa ke perpustakaan untuk membaca buku atau surat akhbar jika ada kelapangan .


5.
Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat.

6.
Jika kita membawa bekal dari rumah, hubungan antara kita dan ibu juga akan bertambah erat dan mesra .


7.
Amir sentiasa berdoa kepada Tuhan selepas menunaikan sembahyang.


8.
Muhammad berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh bersemangat.


9.
 Suraya tidak suka bergaduh dan berebut dengan adiknya. Dia sanggup memberikan barang yang dia paling sayangi kepada adiknya.


10.
Arman tidak pernah bersikap berat sebelah ketika menjalankan tugasnya sebagai pengawas.








Puisi Tradional Masyarakat Melayu : Nazam

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali ini Ieqa nak berkongsi mengenai salah satu puisi tradisional masyarakat Melayu iaitu nazam. Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang berasal daripada puisi Arab, telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di sini ( link ).


Jika dilihat, masyarakat kini semakin melupai warisan Nazam. Jika ditanyakan kepada sesiapa, rata-rata akan menggelengkan kepala dan berkata tidak tahu, bagi mereka, puisi tradisional yang mereka tahu adalah pantun dan syair. Oleh itu, Ieqa nak kongsikan sedikit ilmu yang Ieqa telah peroleh semasa menuntut di IPG daripada pensyarah Ieqa, Encik Amir Hamzah bin Yaa'kob.


Berikut adalah salah satu karya puisi tradisional nazam yang telah dihasilkan oleh rakan Unit Ieqa, Nurhafizu Adha, dan telah dinazamkan oleh Rosafandi bin Rosli sempena sambutan Merdeka di IPG Ieqa. Nazam ini telah didendangkan mengikut dendangan muzik Nazam Kasih Ibu dan Ayah  (link) .





 KISAH JUANGNYA

Beratus tahun dijajah orang
Banyak derita bahagia jarang
Bukan sedikit nyawa yang hilang
Akhirnya merdeka kian di ambang

Sungguh dunia ada harganya
Tidak terbeli daulat negara
wang dan ringgit bukan nilainya
jasad dan nyawa jadi maharnya

sedarkah tuan nilai merdeka
sukar didapat senang dilupa
banyaklah orang mengambil lewa

tanpa mengira kisah juangnya. 






Cara Memohon Guru KGSK / Guru Ganti

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ini Ieqa mahu berkongsi bagaimana cara untuk memohon untuk menjadi Guru KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan) atau guru ganti. Lazimnya, individu yang memohon untuk menjadi guru ganti ini adalah kerana mahukan pekerjaan sementara menunggu untuk ditawarkan kerja lain secara tetap. Bagi Ieqa, sementara menunggu ditempatkan untuk berkhidmat atau 'posting', Ieqa rasa lebih baik Ieqa ambil peluang ini untuk mendapatkan pengalaman, menambahkan pendapatan serta mengisi masa terluang daripada hanya duduk diam menunggu di rumah.





Lazimnya, jadi guru ganti atau KGSK ini adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman. Contoh ketiadaan guru:
1. Guru Cuti Menunaikan Haji
2. Guru Cuti Sakit
3. Guru Cuti Bersalin
4. Guru Cuti Rehat Khas
5. Guru Cuti Tanpa Gaji
6. Guru Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan


Untuk maklumat lanjut boleh tengok sini ( link )


Ok, mula-mula, Ieqa daftarkan diri untuk menjadi guru KGSK di sini ( link ).


Agak lama juga Ieqa mendaftar sejak dari awal bulan Disember 2013 sampai Januari 2014 masih tak ada makluman apa-apa. Jadi, Ieqa ambil keputusan untuk menghubungi dan berjumpa dengan pegawai PPD bahagian KGSK untuk memohon.


Selepas Ieqa call, pegawai itu memanggil Ieqa untuk interview. Time ini Ieqa bawalah semua sijil semasa menuntut di IPG, sijil SPM, surat tamat belajar IPG serta salinan dan tidak lupa juga borang KGSK yang Ieqa dah print. Alhamdulillah rezeki Ieqa, selepas interview pegawai tersebut luluskan permohonan Ieqa dan kebetulan juga ada kekosongan di sebuah sekolah di tempat Ieqa kerana cikgunya bakal cuti bersalin.


Ieqa dapat mengganti cikgu tu mengajar Bahasa Melayu di SJK (T) Labis, Johor. Mula-mula macam tergamam dan gementar juga sebab murid-murid yang bakal Ieqa ajar nanti semuanya murid dari kaum India. Ieqa tak tahu berjaya atau tak Ieqa mengajar nanti, harap-harap diorang boleh menerima Ieqa dan faham PdP Ieqa, tawakal jela. Okla, doakan Ieqa ya 23hb ini dah mula mengajar.





Pengalaman Temuduga SPP Ieqa dan Contoh-contoh soalan Interview

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Semalam Ieqa semak keputusan interview SPP Ieqa yang lepas, alhamdulillah lulus. Rasa lega sangat. Sekarang ini apa yang penting adalah penantian menunggu penempatan posting. Entah mana lah Ieqa akan dapat nanti. Apa yang penting mudah-mudahan urusan selepas ini dipermudahkan.


Kali ini Ieqa nak kongsikan pengalaman Ieqa interview bersama kawan-kawan semua.





Haa.. itulah status 'kelegaan' selepas interview. Lazimnya, satu bilik akan di-interview oleh dua orang panel, seorang merupakan wakil dari SPP dan seorang lagi adalah cikgu cemerlang bagi course kita. Jadi sebelum interview, perkara yang paling penting yang perlu disediakan mestilah segala perkara yang telah dinyatakan dalam senarai semak : Kad pengenalan, Surat Beranak, Sijil SPM, Kelayakan JPA, Surat Akuan Tamat IPG/ Transkrip Keputusan Semester Akhir dan Sijil-sijil aktiviti atau penglibatan kita sepanjang berada di IPG. Jangan lupa juga ya, sertakan sekali salinan atau fotostat semua-semua tu dengan buku RPH masa praktikal lepas ok!


Semasa menunggu giliran interview, memang rasa nak pecah dada sebab tahan debar. Mana tidaknya, turn Ieqa pula dalam pukul 11 lebih. Jadi, macam-macam rupa Ieqa dapat tengok kawan-kawan yang dah lepas interview tu. Punya lama nak tunggu turn dari pukul 9 pagi lagi dah duduk dalam Pejabat SPP Menara Ansar, Johor Bahru tu. Perangai Ieqa, kalau dah sampai tempat interview, Ieqa memang dah tak boleh nak belek-belek dan nota atau buku SPP tu sebab Ieqa takut lagi banyak Ieqa baca saat-saat akhir, lagi blank nanti masa kena tanya.


Dalam bilik SPP itu, lazimnya akan dipanggil lima atau enam orang sekali. Kebetulan masa time Ieqa dipanggil, ada tiga orang rakan sekelas Ieqa di IPGKDRI, dan dua orang lagi dari IPG Ipoh yang sama bilik dengan Ieqa. jadi rasa kuranglah sikit debarnya sebab geng-geng kita je kan.


Mula-mula, kami dikehendaki memperkenalkan diri, asal, belajar di IPG mana dan apa yang kami buat sekarang. So, biasalah jawapan selamat Ieqa, membantu ibu di rumah la hehe (tiru jawapan orang sebelah je kuikuikui). Kemudian, bermulalah tembak menembak soalan yang ditanyakan kepada kami berenam.


Salah seorang daripada rakan Ieqa diminta oleh wakil daripada pegawai SPP untuk membuat makroteaching 'SET INDUKSI' Bahasa Melayu selama lima minit dan kami hendaklah berlakon seperti dalam situasi di bilik darjah. Selepas itu, setiap seorang perlulah memberi komen berdasarkan pengajaran rakan tadi dan pandangan kita berkaitan 'SET INDUKSI'.


Selepas itu, ada lagi soalan-soalan lagi. Jadi, Ieqa share dengan semua perbualan Ieqa dengan kawan Ieqa berkaitan soalan interview yang ditanya..















Itulah pengalaman interview yang Ieqa dah lalui. Di sini Ieqa share juga pengalaman kawan-kawan Ieqa di-interview.







Kalau nak tahu lagi contoh-contoh soalan interview lain, bolehla kawan-kawan tengok blog Cikgu Mira ini untuk rujukan ya. Lebih banyak pengalaman dan soalan-soalan killer yang ditanya di sini hee. ( link )







Harap perkongsian ini serba sedikit dapat membantu rakan-rakan buat persedian sebelum interview ya. Good luck dan buat yang terbaik okies.







#Monologhati - Keresahan

$
0
0


#Monologhati


Hati yang resah, keinginan yang terpaksa dipendam. Apakah daya jika segalanya sudah terbuka namun terkekang dek belantara di depan mata. Untuk mencapai mimpi, kepayahan tetap dirempuh biar calar dan duri melukakan benak dan sanubari.


Apakah ini satu ujian? Apakah ini juga bermaksud petanda?


Entahlah.


Alangkah indahnya jika semua memahami. Girangnya hati jika segalanya direstui. Perjalanan mimpi ini dipermudahkan. Menjadi realiti yang sentiasa diidamkan.


Sungguh, kembara ini terlalu jauh dan menyakitkan. Ibarat pentas drama, suka, duka, bersilih ganti. Jatuh bangun itu sudah lazim sekali.


Namun, kaki masih gagah melangkah terus sehingga ke hari ini. Satu demi satu datang dan pergi. Dan kini, ku dambakan satu. Dia.


Gejolak di hati takkan mungkin dapat terpekung lama. Kerna penantian itu amatlah menyeksakan.


Kadangkala ingin sekali kerongkongku menggetarkan satu-persatu kepada mereka. Fahamlah..


Ya Allah, sehingga hari ini dengan rahmat-Mu, ku diberi kekuatan. Titipkanlah terus kekuatan bagiku Ya Tuhanku agar aku tidak mudah berpaling. Semoga denai menuju bahagia dapat kujejaki.


Sungguh, dia buat aku berasa cukup.


Harap masih terbaki sisa kekuatan untuk diri.


Hingga tiba detik itu.






Senarai Biasiswa Untuk Lepasan SPM, STPM dan Diploma Malaysia

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bagaimana keputusan SPM dan STPM adik-adik semua? Harapnya semuanya sudah berjaya mencapai apa yang diimpikan. Bagi yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa kerana peluang untuk berjaya sentiasa ada di depan mata. Apa yang paling penting keinginan, usaha, keazaman dan tawakal yang membawa kita ke arah kejayaan, inshaaAllah.





Pada hari ini Ieqa telah melihat perkongsian daripada rakan fb Ieqa, Muhammad Syafiq Mohammad (link) berkaitan senarai biasiswa yang boleh dipohon. Berikut adalah senarai biasiswa dan link yang boleh dirujuk:


~ Biasiswa Tun Rahah ( link )

~ PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014  ( link )

~ Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014  ( link )

~ Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014  ( link )

~ MNRB Scholarship Fund 2014  ( link )

~ Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019  ( link )

~ SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014  ( link )

~ UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014  ( link )

~ Maybank Foundation Scholarship Award 2014  ( link )

~ Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014  ( link )

~ Astro Scholarship Award 2014  ( link )

~ Karangkraf Education Fund  ( link )

~ KPM MyBrainSc Scholarship Scheme 2014  ( link )

~ Khazanah Nasional  ( link )

~ PNB  ( link )

~ Sime Darby  ( link )

~ Bank Negara Malaysia  ( link )

~ BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL PROGRAM LUAR NEGARA DAN UNITEN  ( link )


Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan adik-adik untuk menyambung pelajaran nanti. Selamat Maju Jaya ^_^.








Keputusan Penempatan Guru Tahun 2014

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah, Ieqa masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berkongsi coretan di medan blog ini. Sungguh, rasa rindu yang teramat untuk menulis, namun dek kekangan waktu yang sentiasa mencemburui buatkan Ieqa sukar untuk meluangkan masa di sini.

Sabtu, bersamaan 29 Mac 2014, adalah tarikh yang telah memberikan kegembiraan yang teramat dalam hidup Ieqa. Keputusan penempatan guru lepasan IPG telah diumumkan. Dan rezeki Ieqa, dapat menyumbangkan bakti mendidik anak bangsa di tanah kelahiran Ieqa sendiri, iaitu di Johor Bahru, Johor. Biarpun bukan di kampung halaman Ieqa, Labis, tapi Ieqa rasa cukup lega kerana ditempatkan berdekatan dengan emak dan ayah Ieqa. Sekurang-kurangnya mudahlah Ieqa untuk pulang ke kampung jika tiada aral melintang menjenguk emak dan ayah.

Rezeki Ieqa kali ini mengajar di sekolah kawasan PPD Johor Bahru, betul-betul berjiran dengan PPD, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2, atau dikenali sebagai STAR 2.  1 April 2014, tarikh keramat bagi Ieqa, bermulalah perjalanan hidup Ieqa sebagai seorang pendidik bertauliah, lepasan IPG KDRI, Kuala Terengganu. Nampaknya, tak boleh lagi bertangguh-tangguh nak siapkan kerja bila berjiran dengan PPD ni, takut kalau-kalau dipantau tiba-tiba. Hehe..

Tambahan pula, murid-murid Ieqa di sini semuanya hero-hero belaka. Ini merupakan cabaran bagi Ieqa, apatah lagi berhadapan dengan situasi macam ini. Tak pe Ieqa, you can do it, think positive and take it as a challenge! Go go chaiyuk! Haha. .

Okla, setakat ini sajalah coretan Ieqa. InshaaAllah ada kesempatan Ieqa akan bercerita panjang lebar tentang sekolah Ieqa. Jaga hati, jaga diri, jaga iman, InshaaAllah semuanya selamat.. =)

Konvokesyen Siswazah Guru Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2010 di IPBM, Lembah Pantai.

$
0
0

Assalamulaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua rakan-rakan yang kasihi semua? Selamat Berpuasa rakan-rakan semua. Sebelum ika mencoret kata dengan panjang lebar lagi, ika mohon jutaan kemaafan kepada rakan-rakan yang komen di post ika. Kekangan waktu dek kesibukan sebagai guru, orang kata 'culture shock' ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada Ieqa dalam menguruskan jadual waktu Ieqa. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah tiga bulan Ieqa bergelar sebagai guru.


Pada 9 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014 yang lepas, Ieqa dan rakan-rakan guru PISMP Ambilan Januari 2010 telah secara rasminya bergelar sebagai siswazah guru. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi, akhirnya Ieqa juga dapat melalui detik-detik ketika digraduasikan.







Turn course Ieqa, Sidang 3, 11 Mei 2014. Tapi memandangkan kami dah dapat jubah konvo masa rhearsal 8 Mei lagi, adalah masa Ieqa nak bergambar sakan dengan jubah konvo tu dulu. Habis satu family Ieqa dah merasa baju konvo, baik mak, ayah, adik-adik semualah. Ieqa dah plan awal-awal dah dengan family, nak ajak bergambar sakan dengan baju konvo kat Tasik #entahapanamalah kat Putrajaya sehari sebelum konvo. View dia memang cun melecun kalo nak bergambar, kebetulan ramai juga pasangan berkahwin bergambar kat situ, tak memasal Ieqa sorang-sorang sesat bergambar dengan baju konvo lak tu.. Hahaha.. Apa-apapun, Ieqa rasa seronok sangat tengok muka satu persatu ahli keluarga Ieqa.. happy, lagi-lagi Ieqa lak orang yang pertama konvo dalam family Ieqa kan. Hehehe




Akhirnya, sampai juga masanya my turn untuk berkonvo. Hari ini, Datuk Mary Yap Kain Ching yang akan bagi skrol kat Ieqa dan kawan-kawan Ieqa. Awal-awal dekat pukul 5 pagi lagi kami sekeluarga dah siap-siap nak gerak ke IPG Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Saja bertolak awal, takut juga jem tengah jalan nanti kelam kabut pula jadinya. Kami solat subuh di surau IPG saja. Daha ramai dah yang datang masa tu. Sebelum hari konvo tu Ieqa memang dah plan dah, tak mahu mak ayah Ieqa kelam kabut masa konvo nanti. Maklumlah, of course mesti ramai orang, dan sesak-sesak, lagi-lagi dengan cuaca panas terik. Jadi, lepas subuh tu Ieqa terus ajak family Ieqa bergambar di studio awal-awal. Bagus bila wat macam ni. First, tak perlu beratur panjang tunggu turn. Second, tak yahla kelam kabut pas konvo nak berkejar ke studio untuk bergambar. Dan yang paling penting, third, mekap konvo masih berseri-seri lagi hahaha. Kalau nak tunggu lepas konvo baru nak bergambar kat studio, alamatnya berkilau-kilauanla muka mek dengan berminyak macam hape, mekap cair dan muke keletihan tarak mud tak maulah aii huhuu..




Rezeki Ieqa, alhamdulillah dapat kelas pertama untuk ijazah Ieqa. Jadi terpaksa lah duduk di baris hadapan, berpisah dengan rakan-rakan seunit Ieqa yang lain. Bila dah duduk tu, tangan ni asyik pic situ sana sini la haha. Dengan siapa-siapa pun boleh time tu kawan tak kenal pun jadi macam dah lama kenal pula hihi.





Tibalah detik-detik untuk mengambil skroll. Satu-persatu nama dipanggil naik ke atas pentas. Subhanallah, perasaan Ieqa masa tu hanya Allah yang tahu. Gembira, sebak, terharu, bersyukur, rasa nak menjerit pun ada bila ijazah tu dah berada di genggaman. Eh eh cop cop cop... itu masa dah ambillah. Tapi.. masa tengah beratur tunggu turn nak naik pentas tu, ha ha ha... debar ni tak payah nak kata lah... sampai jari-jari ini menggigil kesejukan. Mana tidaknya, risau kot nak naik, takut la kot-kot masa panjat tangga tu terpijak kain ke, tak memasal muka Ieqa ni masuk gambar "Dalam sejarah orang naik konvo jatuh tergolek di pentas". Mana nak nyuruk muka oiii huuu~. Mujurlah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, dan tak ada apa-apa masalah.





Selepas majlis konvokesyen dah selesai semuanya, Ieqa dan kawan-kawan Ieqa berkumpul. Tengok muka sorang-sorang, dah jadi cikgu dah kawan-kawan aku ini. Dulu sekelas, sekarang semua berpecah ada di Utara, ada di Selatan, ada di Sabah , ada di Serawak. Inilah kawan-kawan aku yang sama-sama berjuang dengan aku selama lima tahun setengah kat IPG dulu. Siyes, rindu. Rindu sangat-sangat zaman belajar dulu. Kami bergambar sama-sama, sayangnya ramai kawan-kawan aku yang tidak dapat join sebab nak bergambar di studio dulu bersama keluarga. Mungkin tak ada rezeki kami nak bergambar sama-sama.




Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu kepada ku. Terima mak dan ayah yang sentiasa mendoakan aku, tidak putus-putus memberiku semangat dan kekuatan untuk berjuang di muka bumi ini. Terima kasih kepada semua pensyarah, guru-guru dan rakan-rakan serta semua yang banyak menyokongku sehingga aku mampu berdiri dan memegang segulung ijazah kini.





Sekian sahaja coretan Konvokesyen ku yang panjang lebar ini. Nak cerita satu-satu memang tercapai akalku ler hehe. InshaaAllah lain kali sambung lagi cerita lain ya.






Uit uit jangan pose yang yok ye kat belakang tu!!!!



Hadiah Hari Lahir Yang Paling Bermakna

$
0
0


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah, tanggal 8 Julai 2014, genap sudah umur aku, 25 tahun. Uishh banyak juga dah umur aku ini ye. Kalau nak dihitung dengan pengalaman 25 tahun ini, rasanya sukar untuk diungkap dengan kata-kata.





Aku ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi ingat kat aku, wish aku. Sangat terharu bila ada korang ingat aku. Terima kasih sangat-sangat.


Tapi ada seperkara lagi yang aku ingin luahkan, hadiah yang paling bermakna dan takkan sesekali aku lupakan sempena hari lahir aku. Tanggal 9 Julai 2014, berakhir sudah hubungan aku dengan seseorang yang amat aku sayangi, seseorang yang sebelum ini aku dambakan akan menjadi bakal suami untuk aku.


Tipulah kalau aku kata aku tak sedih. Hampir setahun aku menanti ikatan yang sah untuk hidup bersama dengan dia. Aku yakin pada dia. Aku percayakan dia. Aku sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk dia. Bersama dia di saat susah senang. Aku sentiasa risaukan dia, memikirkan tentang dia. Aku terima dia seadanya tanpa mendengar suara-suara negatif yang kurang gemar aku bersama dia. Tapi apakan daya, sudah takdir Illahi, hubungan kami berhenti setakat ini.


Tak mengapalah, aku berharap dia akan jumpa dengan sinar cahaya yang dia dambakan. Kita hanya manusia biasa. Walaupun sekuat mana kita berusaha untuk merancang sebaik-baiknya, hanya Allah yang akan menentukan segalanya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Sebab itulah, mungkin Allah tentukan perpisahan ini, kerana Allah tidak mahu aku dan dia menderita kemudian hari. Mungkin aku sebenarnya bukan terbaik baginya, dan dia juga bukan terbaik bagi aku. Dan akhirnya kegusaran hati aku selama dengannya, dan istikharahku selama ini terjawab dengan permintaan daripada dia. Tak apalah. Aku redha. Setakat itu yang aku mampu untuk memujuk hati untuk teruskan hidup.


Kini, aku terpaksa bersendiri lagi, mencari sinar dalam kelam, untukku lengkapkan sebahagian diriku. Hanya  kepada Allah aku meminta, sungguh aku tak mahu hidup bergelumang dalam keadaan tertanya-tanya siapakah SUNAN yang kunanti selama ini. Kerana aku rasa, sudah sampai masanya untuk aku membina masjid bagi diriku pula, supaya aku dapat lindungi hatiku, agamaku, dan imanku. Ya Allah permudahkanlah niat hatiku ini.







Contoh Teks Pengacara Majlis Formal

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Pada hari ini, Ieqa akan kongsikan contoh skrip atau teks pengacara majlis yang Ieqa pernah sediakan sebelum ini. Untuk makluman semua, teks pengacara majlis ini disediakan untuk majlis perpisahan mantan Guru Penolong Kanan sekolah Ieqa, SK Temenggong Abdul Rahman 2. Semoga dapat dijadikan rujukan kawan-kawan.


____________________________________________________________________________


TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN MANTAN GPK HEM STAR 2
  PUAN ZALIHAR BINTI UDIN

TARIKH : 1 JULAI 2014
TEMPAT : DEWAN STAR 2.


BIL.
CUE

ANN
CATATAN
1.
Persediaan Majlis
Diminta hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.


4.
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Yang Berusaha, Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2,

Yang berusaha, Tuan Hj Amril bin Mokhtar, Guru Penolong Kanan 1,

Yang Berusaha, EncikMohd Shahran bin Yahya, GPK Kokurikulum,

Guru-guru,

Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.



5.
Kata-kata aluan pengacara majlis
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di Dewan SK Temenggong Abdul Rahman 2  yang indah ini sempena MAJLIS PERPISAHAN PUAN ZALIHAR BINTI UDIN.


6
Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Mursyid bin Jalil untuk membacakan doa.

Dipersilakan.



6.
Ucapan Murid

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada __________________________________
__________  , Wakil murid SK Temenggong Abdul Rahman 2.

Dipersilakan.


………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.



7.
Ucapan Yang Dipertua PIBG
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Atur cara majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang berbahagia Tuan Haji Amin bin Mokhtar, Yang Dipertua PIBG SK Temenggong Abdul Rahman 2.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.





Persembahan Multimedia

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tayangan multimedia Memori bersama Puan Zalihar binti Udin, sepanjang perkhidmatan beliau di SK Temenggong Abdul Rahman 2.








Ucapan Yang diraikan,
Puan Zalihar binti Udin
Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, yang diraikan, Puan Zalihar binti Udin, untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan.


…………………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Zalihar sebentar tadi.



Ucapan Guru Besar
Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2 untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.


……………………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.



10.
Penyampaian hadiah

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan kepada Puan Zalihar binti Udin.

Dipersilakan wakil daripada pra sekolah untuk menyampaikan hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya,..

Tahap 1
Tahap 2
Kebirus
Unit Kokurikulum


Dengan segala hormatnya dipersilakan.

……..

Terima kasih diucapkan.



11.
Penyampaian hadiah daripada wakil KEBIRUS
Hadirin sekalian,

Mewakili seluruh guru-guru SK Temenggong Abdul Rahman 2, majlis mempersilakan _______________ ____________ ,  wakil KEBIRUS untuk menyampaikan hadiah kenang-kenangan kepada Puan Zalihar.

Dipersilakan.

………..

Terima kasih diucapkan kepada _________________
___________________________ atas penyampaian hadiah sebentar tadi.



11.
Penyampaian Hadiah daripada wakil pentadbir
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah daripada wakil pentadbir kepada Puan Zalihar.

Dipersilakan Encik Mohd Yusof bin Hamat, Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2 untuk menyampaikan hadiah.

………………

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas penyampaian sebentar tadi.



13.
Penutup
Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Perpisahan  Puan Zalihar binti Udin.

Mengambil kesempatan, sekali lagi, mewakili guru-guru dan seluruh warga SK Temenggong Abdul Rahman 2, merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada yang diraikan, Puan Zalihar binti Udin, yang banyak berjasa dan menyumbang bakti pada SK Temenggong Abdul Rahman 2.


Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,
Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap maafi,
Ketemu lagi di lain masa.


14.
Jamuan
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Puan Zalihar binti Udin diiringi Guru Besar untuk menikmati juadah ringan.

…………

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabillahiltaufiq walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.











Viewing all 85 articles
Browse latest View live