Bahasa Melayu Tahun 5
1 . Aminah masih trauma kesan ______________ malam semalam.
a. menjadikan
b. kejadian
c. dijadikan
d. jadikan
2.Pemuda itu agak ________ untuk menerima pelawaan kami ke majlis itu.
a. keinginan
b. kekurangan
c. kesukaran
d. keberatan
3. Jangan sekadar melihat ______ luaran seseorang semata-mata.
a. kecantikkan
b. kehalusan
c. kesenian
d. kecantikan
4. Kereta itu tersadai di tepi jalan kerana mengalami _______ enjin akibat banjir.
a. kerosakan
b. perosak
c. dirosak
d. merosakkan
5. Segala _______ adalah amat dikesali.
a. kepeningan
b. kerahsiaan
c. kebenaran
d. kesulitan
6. Amirah adalah anak ________ Pak Ali dan Mak Munah.
a. kekasihan
b. kecintaan
c. kesayangan
d. kerinduan
7. _______ yang dialami Abu sangat parah.
a. Ketenangan
b. Kerunsingan
c. Kecederaan
d. Ketakutan
8. Wajah Alin _______ menyerupai wajah arwah neneknya yang berbangsa Cina.
a. kegelap-gelapan
b. kecina-cinaan
c. kehitam-hitaman
d. kemuda-mudaan
9. Janganlah berputus asa dengan ____ yang dihadapi.
a. kemenangan
b. kejayaan
c. kegagalan
d. kesakitan
10. “Ayah bangga dengan ____ kamu. Akhirnya kamu berjaya”, kata ayah.
a. kelemahan
b. kesungguhan
c. kekuatan
d. kewarasan